Thursday 13 October 2011

solat jumaat

 seseorang yang meninggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja tanpa keuzuran syar'i maka ia terkeluar dari Islam...walaupun  meninggalkan solat jumaat tidak tiga kali berturut-turut dalam masa sebulan, tetapi perbuatan  ini tetap dikira salah dan dikira meringan-ringankan hukum Allah, kerana solat jumaat itu hukumnya fardu ain ke atas setiap individu muslim. Kesukaran yang dihadapi itu bukanlah kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. ia tidak boleh membiarkan keadaan ini berlalu begitu sahaja dan diri kamu pula bergelumang dengan dosa tidak melaksanakan solat jumaat. Satu pendekatan yang halus perlu dicari bagi membolehkan kamu dapat bersama umat Islam yang lain menunaikan kewajipan solat jumaat dengan sempurna.
kamu juga perlu mengambil sikap tegas dalam masalah ini, kerana ia melibatkan hukum Allah yang tidak boleh dipersia-siakan. Apalah gunanya kita dapat menggunakan rezeki tuhan tetapi perintah tuhan kita lalaikan. Dalam Islam kita disuruh mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup yang diantara matlamatnya ialah ibadat. Janganlah kerana terlampau mengejar kebendaan kita sanggup mencuaikan hak Allah.Meninggalkan solat jumaat adalah haram walaupun kerana sibuk berkerja. Solat jumaat hukumnya adalah fardu ain yang mesti ditunaikan oleh seseorang. Orang yang dikecualikan dari menunaikan solat jumaat ialah hamba, orang yang bermusafir, orang perempuan dan kanak-kanak, tetapi tidak termasuk orang yang terkena giliran berkerja pada hari jumaat. Firman Allah dalam surah Al-Jumuah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman jika kamu diseru untuk menunaikan soat jumaat hendaklah kamu segera menunaikannya dan tinggalkanlah urusan jual beli". Ayat ini dengan jelas mewajibkan setiap umat Islam menunaikan solat jumaat.
 
sayang ku..bz mana kamu atau apa pun kamu buat tlong la jgn tinggal solat jumaat ye baby =(

No comments:

Post a Comment